About TerusanIlmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Di TerusanIlmu anda boleh mendapatkan rujukan artikel secara percuma atau berbayar mengikut isi kandungan artikel. Semoga perkongsian bermanfaat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui email di noruleyena@gmail.com


tamu d'terusan

Saturday, 16 February 2013

Ciri-ciri geomorfologi lembangan saliran (sungai)





Ciri-ciri geomorfologi  lembangan saliran (sungai)
1)     Geometric form
·         Kedalaman sungai (dalam/cetek)
·         Isipadu sungai
·         Panjang dan lebar alur sungai
·         Kecerunan alur ( Hilir, tengah, hulu)
·         Luas lembangan Sungai
·         Bentuk alur sungai (berliku, lurus)
2)     Proses yang berlaku
·         Mendapan
·         Hakisan (aliran air, percikan air hujan, run-off, pertembungan arus sungai dengan arus laut di muara, perubahan saiz alur sungai drpd kecil kepada besar
halangan-halangan di dasar sungai
·         Pengangkutan (bahan-bahan yang diangkut oleh sungai)

3)     Internal characteristic
·         Jenis tanih (pasir, selut),
·         Stuktur tanih (keporosan, peratus liang pori, grain size, jointing)
·         Kelajuan air mengalir (ms-1)
·         Jenis Vegetasi (litupan tumbuhan, pautan akar tumbuhan)
·         Kecerunan, ketinggian tebing sungai
·         Luluhawa cerun
·         Gerakan jisim

4)     External Characteristic
·         Iklim
·         Intensiti hujan
·         Kadar sejatan
·         Intensiti cahaya matahari
5)     Kepelbagaian
~ gabungan beberapa proses dalam mempengaruhi saliran (sungai) di sesuatu kawasan)
            MENDAPAN+HAKISAN +PENGANGKUTAN
6)     Dynamic
Pembentukan geomorfologi sungai berlaku dalam tempoh masa tertentu samaada
 (Catastrophism/ Uniformitarianism)
7)     Campurtangan manusia- membangunkan kawasan tebing sungai
Contoh: penambakan sungai, pembalakan
8)     Losses and gain (hasil daripada hakisan dan mendapan)


HULU SUNGAI : tanah tinggi, hakisan melebihi pemendapan, air terjun, lurah berbentuk  "v", kewujudan jeram, lubuk pusar, halaju air tinggi

TENGAH SUNGAI: tanah beralun dan bukit-bukau, hakisan sama dengan pemendapan
sungai berliku, susuh bukit berpanca

HILIR SUNGAI: tanah pamah, pemendapan melebihi hakisan, muara sungai,delta
dataran banjir

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN

1. Halaju air
Semakin deras /laju aliran air tenaga kinetik yang terhasil juga tinggi. Keupayaan melakukan kerja sungai juga tinggi maka kadar hakisan meningkat.

2. Kecerunan
Semakin curam sesuatu cerun tindakan daya graviti juga tinggi maka halaju sungai juga akan tinggi . Ini meningkatkan tenaga kinetik maka kadar hakisan meningkat.
.
3. Bentuk alur /
Geometri sungai
Bentuk alur sungai yang semakin lurus akan melancarkan aliran sungai ini akan meningkatkan kadar hakisan kerana tiada halangan yang boleh menyekat kederasan aliran sungai.
Bahagian cekung sungai , kadar hakisan meningkat.

4. Jenis batuan
Kawasan yang diliputi batuan yang keras seperti batuan igneus yang tahan terhadap hakisan akan mengurangkan kadar hakisan. Kawasan batu kapur yang lebih lembut lebih mudah dihakis maka kadar hakisan meningkat.

5. Bahan Muatan
Semakin banyak muatan dalam sungai kadar hakisan secara lelasan akan meningkat.

No comments:

Post a Comment