About TerusanIlmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera (^_^).
Di TerusanIlmu anda boleh mendapatkan rujukan artikel secara percuma
Semoga perkongsian bermanfaat.


tamu d'terusan

Salam D'terusan..Hi!!

Saturday, 1 December 2012

Kajian tindakan: Kaedah Pengenalpastian simptom disleksia di kalangan murid pendidikan Khas sekolah rendah


                                                                         Abstrak

         Kajian ini bertujuan mengenalpasti peratusan sampel yang berisiko mempunyai simptom disleksia, peratusan berdasarkan gender dan subkajian yang paling sukar dikuasai oleh sampel. Kajian ini mengadaptasi instrumen The Dyslexia Early Screening Test (DEST) melalui kaedah Terjemahan Brislin dan membentuk set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD). Terdapat 10 subujian dalam set ini yang menguji ingatan memori, pengetahuan, kemahiran motor halus, deria persepsi dan keseimbangan tubuh. Sampel seramai 40 orang dari dua kelas prasekolah di dua buah sekolah berbeza di daerah Sabak Bernam yang terpilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan 27.5% (11 orang) kanak-kanak sampel kajian menunjukkan simptom berisiko disleksia, namun hanya 15% (6 orang) menunjukkan sangat berisiko mempunyai simpton disleksia. Bilangan kanak-kanak lelaki didapati lebih ramai berbanding kanak-kanak perempuan. 3 subujian yang telah dikenalpasti sukar dikuasai para kanak-kanak dalam ujian ini dan mencatatkan peratusan kegagalan melebihi 40% ialah subujian 8(menamakan abjak/huruf), subujian 5 (mengenalpasti rima/sebutan huruf pertama) dan subujian 3 (membezakan Bunyi). Dapatan kajian ini menunjukkan keperluan pengesanan symptom disleksia di peringkat prasekolah. Pendedahan kepada para guru dalam perancang cara menangani kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanakdisleksia ini hendaklah dilaksanakan dengan segera.
1.      Latar Belakang Kajian
Kajian ke atas kanak-kanak disleksia di peringkat prasekolah dan sekolah rendah sangat kurang dijalankan di Malaysia. Perkara utama yang paling penting ialah pengenalpastian status murid-murid tersebut samaada positif disleksia atau tidak dan selepas itu langkah seterusnya baru dapat dijalankan. Pengesanan symptom disleksia juga sepatutnya dilakukan secara menyeluruh ke atas keupayaan kanak-kanak melibatkan semua deria utama dan pergerakan walaupun disleksia sering kali menjuruskan perhatian kita kepada kecelaruan kanak-kanak dalam pembacaan ke atas tulisan bercetak.Pengesanan simpton ini juga seharusnya dijalankan secara berterusan  terutama untuk mengenalpasti tahap atau peratusan bilangan kanak-kanak yang mempunyai simptom disleksia di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah. Melalui pengesanan awal ini akan membina kesediaan pengajaran yang lebih terancang dan berkesan di tahap awal pendidikan oleh guru-guru yang terlibat secara langsung dengan mereka.Oleh yang demikian kajian tindakan ini akan memperhalusi simpton-simpton disleksia yang boleh dikenalpasti dengan beberapa pendekatan dan kaedah yang lebih saintifik dan seterusnya murid-murid yang berisiko dapat diberi pendekatan pengajaran yang berbeza dengan murid-murid kelas pendidikan khas yang lain.
2.      Objektif Kajian
       a. Objektif AmUntuk mengenalpasti peratusan murid pendidikan khas yang menghidapi disleksia berdasarkan aturan kaedah yang telah ditetapkan oleh Manual Ujian awal Pengesanan Disleksia yang diadaptasi dari instrumen The Dyslexia Early Screening Test.
 b. Objektif Khusus                    i.            Untuk mengenalpasti peratusan murid-murid pendidikan khas terpilih mempunyai simptom sangat berisiko disleksia
                  ii.            Untuk mengenalpasti simptom disleksia di kalangan kanak-kanak
prasekolah terpilih mengikut gender                iii.         Untuk mengenalpasti subujian pola-pola disleksia berdasarkan subujian-subujian kajian: (a) Pola Cemerlang, (b) Pola Pencapaian Atas Purata, (c) Pola Normal, (d) Pola Berisiko dan (e) Pola sangat Berisiko.
3.      Kumpulan Sasaran
Populasi kajian ini ialah melibatkan murid-muid yang sedang mengikuti program pendidikan pemulihan khas di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr.Ismail Tebuk Pulai dan Sekolah Kebangsaan  dan Sekolah Kebangsaan Khir Johari Sabak Bernam yang terdiri dari pelajar Tahun1 hingga 3. Pemilihan sekolah atau lokasi kajian adalah secara rawak.Sampel yang diambil dari kedua-dua buah sekolah tersebut ialah seramai 40 orang. Daripada jumlah ini, 17 sampel terdiri dari pelajar lelaki, manakala 23 sampel adalah pelajar perempuan.
4.      Pelaksanaan Kajian
a.       Metodologi Kajian
Ujian Awal Pengesahan Disleksia ini telah diadaptasi dari Dyslexia Early Screening Test oleh sekumpulan penyelidik Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Rohaty (2002). Ujian ini pada asalnya dibina oleh Nocolson, R.I dan Fawcett, A.J yang mengandungi sepuluh subujian. Subujian untuk kajian ini ialah;Ujian 1– Menamakan dengan pantas,Ujian2 – Mencucuk Manik,Ujian 3 – Membeza Bunyi,
Ujian 4 – Keseimbangan Tubuh,Ujian 5- Mengenaplasti Rima /Sebutan Huruf Pertama,
Ujian 6- Span Digit Ke hadapan,Ujian 7 –Menamakan Angka,Ujian 8- Menamakan Abjad/ Huruf,Ujian 9 – Turutan Bunyi danUjian 10 – Menyalin bentuk berdasarkan contoh yang diberi.b.      Kaedah analisis data
Penganalisaan data dilakukan dengan penjumlahan keputusan subujian secara manual mengikut borang-borang tersedia dalam pakej ujian. Data-data dari rekod subujian akan dipindahkan ke borang rekod rumusan subujian untuk pengiraan indeks. Pengiraan indeks berpandukan jadual skor yang disediakan bersama setujian. Data yang telah diklasifikasikan indeksnya akan dirumuskan dalam borang keputusan ujian yang akan menunjukkan kadar pencapaian setaip ujian dengan jelas melalui paparan graf yang mudah untuk diinterpretasikan bagi pencapaian setiap individu untuk tujuan tindakan perancangan pengajaran dan pembelajaran.Penganalisaan data juga akan dilakukan dengan bantuan teknologi komputer melalui perisian SPSS 10.0. Statistik deskriptif akan digunakan bagi menerangkan kadar bilangan kanak-kanak yang didapati mempunyai simptom-simptom disleksia dalam frekuensi peratusan. Kaedah Pemerolehan dan penentuan Keputusan/ Indeks Ujian sampel kajian adalah berdasarkan aturan yang telah ditetapkan oleh Manual Ujian awal Pengesanan Disleksia yang diadaptasi dari instrumen The Dyslexia Early Screening Test.c.       Huraian Metodologi Subujian
·         Ujian 1- Menamakan Dengan Pantas
Subujian mengandungi item menamakan dengan pantas menyebut nama-nama gambar yang ditunjukkan. Subujian mengaktifkan semula dan pengujaran berpandukan persepsi deria motor. Kejayaan subujian ini bersandarkan pengetahuan sedia ada sampel. Keupayaan kanak-kanak mengujarkan menamakan dengan pantas (Rapid Naming) sangat berkait rapat dengan keupayaan kognitif atau intelektualiti mereka.
·         Ujian 2- Mencucuk Manik
Kemahiran mencucuk manik dalam subujian 2 memerlukan koordinasi mata dan motor halus. Koordinasi motor halusmata sangat penting dalam kemahiran penulisan. Kemahiran ini adalah lahir daripersepsi yang diproses dalam kognitif. Kesukaran mengawal motor halus-mataini akan mengakibatkan kegagalan kawalan dalam penulisan serta aktiviti-aktivitiyang memerlukan pergerakan yang melibatkan kemahiran tersebut.·         Ujian 3- Membeza Bunyi
Subujian 3 memfokuskan kemahiran pendengaran ujian asas di peringkat awal persekolahan dan dikategorikan dalam bidang kemahiran prabacaan. Keupayaan dalam mengecam dan membezakan bunyi yang diperdengarkan sangat pentingdalam konteks komunikasi. Antara factor kesukaran ini dijangka juga oleh sebab tiadanya pengukuhan kemahiran mendengar dalamkurikulum prasekolah yang disediakan (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003).·         Ujian 4- Keseimbangan Tubuh
Keseimbangan tubuh adalah satu perkara yang dikaitkan dengan disleksia.Ketidakseimbangan ini sering dikaitkan dengan ketidaknormalan saraf cerebrum kanak-kanak yang berfungsi mengawal keseimbangan (Nicolson et al.1995). Ketidakseimbangan tubuh badan kanak-kanak menyukarkan proses mobilitinya. Ini akan mengganggu kanak-kanak dalam aktiviti atau tindakbalas yang memerlukan mobiliti atau pergerakan. Ketidakupayaan mobiliti adalah petunjuk gangguan dan ketidaknormalan saraf cerebrum yang juga akan mendatangkan kesan terhadap keyakinan diri kanak-kanak.·         Ujian 5- Mengenaplasti Rima /Sebutan Huruf Pertama
Subujian ini berfokus terhadap pengetahuan kanak-kanak terutama dalam subjek bahasa/par bacaan. Kemahiran ini memerlukan latih tubi bagi mengatasi kelemahan tersebut. Kemahiran ini berkait rapat dengan kemahiran pengamatan pendengaran. Kegagalan kanak-kanak dalam mengenalpasti bunyi rima seringkali juga disebabkan masalah alat pendengaran atau kehadiran ‘glue ear’ yang memerlukan pemeriksaan pakar perubatan Bradley dan Bryant (1983).·         Ujian 6- Span Digit Ke hadapan
Kemahiran mengingat semula yang memerlukan asas pengetahuan mengenai nombor menjadi asas dalam subkajian ini. Kegagalan kanak-kanak mengenalpasti, mengecam dan memahami nilai nombor yang diajar akan mengganggupenguasaan dalam subujian ini.·         Ujian 7- Menamakan Angka
Subujian 7 memfokuskan kepada pengetahuan menamakan angka, symbol abstrak yang bernilai dalam nombor. Keupayaan kanak-kanak dalam menamakan angka disokong oleh kemantapan pengetahuan yang telah didedahkan dan bahasa yang dijadikan pengantara dalam mengujarkannya. Pengetahuan menamakan angka adalah satu keperluan yang lebih berkesan melalui latih tubi dean perkaitan antara angka dan nilai hendaklah diberi penekanan diperingkat prasekolah.·         Ujian 8- Menamakan Abjad/ Huruf
Pengetahuan dalam menamakan abjad/huruf dalam subujian 8 juga adalah sama dalam subujian 7 yang memerlukan kanak-kanak diberi pendedahan terlebih dahulu sebelum mereka boleh menguasai pengetahuan ini. Baumer dan Bernice (1998) menyarankan agar kanak-kanak diberhentikan segera semasa membaca dan dibantu mengenalpasti huruf yang terkeliru tersebut seperti huruf ‘b’ atau ‘d’ yang sering mengganggu sebutan lancar kanak-kanak. Usaha seperti ini diyakini dapat mengurangkan kekeliruan kanak-kanak pada masa pembacaan akan datang.·         Ujian 9- Turutan Bunyi
Subujian 9 juga melibatkan deria-persepsi sampel dalam mengamati bunyi yang diperdengarkan. Nocolson et al. (1996) mencadangkan kanak-kanak yang mengalami masalah dalam menyatakan turutan bunyi diberi latihan pemulihan yang berkaitan rapat dengan kemahiran mendengar dan mengenali bunyi. Kegagalan sampel dalam subujian ini memerlukan pemeriksaan lanjut dan ujian pendengaran dan sekiranya perlu dirujuk kepada pakar audiologi bagi pemeriksaa tahap boleh dengar mereka.·         Ujian 10- menyalin bentuk berdasarkan contoh yang diberi
Subujian 10 ini melengkapkan set ujian secara keseluruhannya. Kanak-kanak bersimptom disleksia sering dikaitkan dengan kelemahan motor halus seperti memegang pensil dan ini akan menghasilkan salinan yang lemah dan tidak tepat. Subujian ini akan menentukan keupayaan kanak-kanak dalam motor halus ketika aktiviti menyalin semula bentuk geometri.
5.      Dapatan Kajian
a.       BERISIKO MEMPUNYAI SIMPTOM DISLEKSIA
Berdasarkan 10 subujian yang dijalankan sepanjang kajian ini didapati bahawa seramai 11 orang kanak-kanak dikesan mendapat indeks 1.1 hingga 1.5. Kajian ini mendapati 15 % (6 orang) sampel sangat berisiko mempunyai simptom disleksia. Catatan ini mewakili 3 orang kanak-kanak yang mencapai indeks 1.4 dan 3 orang lagi mencapai indek 1.5, iaitu darjah indeks tertinggi yang menunjukkan sampelkajian ini sangat berisiko mempunyai simpton disleksia berdasarkan keseluruhan 10 subujian yang telah dijalankan ke atas mereka. Manakala 12.5% didapati sekadar berisiko kerana pencapaian indek di bawah 1.3.Dapatan ini juga dipengaruhi oleh beberapa aspek antaranya terdapat kemahiran yang diuji tidak merupakan elemen pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Keadaan ini menjadikan sampel kurang terbiasa dan lemah dalam penguasaan. Ujian lain mempengaruhi keputusan ujian ini juga ialah pengujian ‘Keseimbangan Tubuh’ yang tidak menjadi keutamaan di kelas prasekolah. Elemen ini kerapkali dilibatkan secara tidak langsung dalam gerakan semasa Pendidikan Jasmani dengan mengambil contoh pergerakan berjalan di atas papan imbangan namun ia bukan bertujuan untuk mengenalpasti dan memperbaiki kesan ketidakseimbangan yang ditemui tetapi sekadar riadah dan rekreasi.Komponen pengajaran ini boleh menjadi satu alat pengukuran dalam membantu kanak-kanak yang didapati tidak seimbangtubuh badannya agar dirujukkan kepada pihak perubatan bagi tujuan mengenalpasti tahap kesihatan terutama berkaitan saraf cerebrum yang sangat penting dan berkait rapat dengan keupayaan mental.b.      SIMPTOM MENGIKUT GENDER
Berdasarkan faktor jantina keputusan ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki adalah sangat berisiko simpton Disleksia berbanding pelajar perempuan iaberdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan oleh indek pencapaian 1.5 iaitu seramai 3 orang sampel lelaki (7.5%) dan tiada pelajar perempuan. Bagi Indeks 1.4 sampel perempuan melebihi pelajar lelaki iaitu 2 orang (5%) dan sampel lelaki seramai 1 orang (2.5%) , tiada sampel yang mencapai indeks 1.3, bagi indeks 1.2 sampel perempuan melebihi sampel lelaki iaitu seramai 3 orang (7.5%) dan tiada sampel lelaki. Namun bagi indeks 1.1 pencapaian adalah sama bagi kedua-dua sampel iaitu 1 orang (2.5%).Dapatan ini pada asasnya menepati teori yangmengatakan bahawa kanak-kanak lelaki 3:1 berbanding kanak-kanak perempuan(Bold 2000). Kajian ini menyokong dapatan kajian oleh Hammond dan HughesSimptom Disleksia Kanak-kanak Prasekolah 15 (1999) dan Hussain Iman dan Muhd Ismail (1998), bahawa dalam kajian perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia mendapati kanak-kanak lelaki lambat matang berbanding kanak-kanak perempuan. Kelewatan ini memungkinkan factor disleksia dalam kajian ini tinggic.       SIMPTON DISLEKSIA MENGIKUT RISIKO
Ujian Awal Pengesanan Disleksia ini merangkumi 10 subujian menguji pelbagai aspek kemahiran, keupayaan dan pengetahuan.Perkaitan antara keperluan subujian juga menyumbang kepada keputusan. Ini dapat dilihat apabila sampel kajian gagal menguasai subujian 8 (Menamakan abjad/Huruf) ianya secara langsung menjejaskan pencapaian dalam subujian 5 (Mengenalpasti Rima/ Sebutan Huruf Pertama). Keputusan subujian 8 (Menamakan abjad/Huruf) menunjukkan 80% sampel kajian gagal menguasainya. Ini bukan bermakna ke semua 32 orang sampel kajian yang gagal secara automatik, sangat berisiko bersimptom disleksia kerana ini hanya merupakan keputusan 1 dari 10 subujian yang sedia ada. Semasa ujian dijalankan abjad/huruf yang telah dikemukakan sebagai bahan ujian adalah t,s,d,e,w,o,b,q,n,y.Beberapa kemungkinan wujud dari dapatan ini antaranya adalah kerana abjad yang dikemukakan tidak lengkap siri dan mengikut turutan dan ini menyukarkan sampel kajian yang mendapat pendidikan mengenal abjad melalui kaedah hafalan mengikut turutan a-z. Kemungkinan kedua yang wujud adalah kerana abjad o,w,q,n dan y merupakan abjad atau huruf yang terkebelakang kedudukannya dalam siri turutan abjad/huruf yang mengakibatkan ingatan atau memori sampel tidak berupaya memproses dan menyalurkan maklumat dengan segera. Selain dari itu tahap keintelektualan sampel itu sendiri termasuk dalam lingkungan yang lemah disebabkan tahap kesihatan atau kurang pengetahuan yang telah diterima.Seringkali kegagalan mengingat semula sesuatu yang telah didedahkan atau diajar berpunca dari kelemahan bahagian memori pada otak menukar atau mengkodkan maklumat dan pendapat ini dipersetujui oleh Miles (1983) Segala kelemahan ini mendatangkan impak kepada sampel dalam menjawab subujian 5 (Mengenalpasti Rima/ Sebutan Huruf Pertama). Sampel kajian dalam subujian ini sering menghadapi masalah membezakan antara bunyi huruf dengan nama huruf sebagi contoh ‘c’ dinyatakan /si/ sedangkan sepatutnya /tf/. Tanda-tanda awal bagi kanak-kanak ini akan melakukan kesilapan dari kekeliruan atau ketidakpastiannya ialah apabila mereka mulai senyap atau memperlahankan nada bacaan atau sebutan serta menundukkanmuka lebih ke bawah bagi mengelakkan pendengar mengetahui kekeliruannya atau kelemahannya.Kesimpulannya dalam keempat-empat subujian ini, tiga darinya adalah subujian yang paling sukar dikuasai sampel iaitu subujian yang melibatkan kemahiran deria-persepsi .Pendengaran merupakan deria yang sering dikatakan sebagai kekuatan bagi kanak-kanak disleksia juga didapati memerlukan latihan dan rawatan. Ini penting untuk meminimakan kekeliruan visual dalam pembacaan yang sering menjadi definisi simptom disleksia dan dibuktikan dengan kegagalan subujian 8. Sehubungan dengan itu, kegagalan kanak-kanak dalam mengenalpasti bunyi rima seringkali juga disebabkan masalah alat pendengaran atau kehadiran‘glue ear’ yang memerlukan pemeriksaan pakar perubatan (Lynnette et al. 1983). Subujian 7 (Menamakan Angka ) juga mencatatkan keputusan kegagalan sampel kajian menguasai melebihi 40% subujian ini juga mempunyai latar permasalahanyang sama iaitu deria persepsi.
6.      Refleksi Kajian
Guru-guru di kelas-kelas tahun 1 hingga tahun 6 harus sentiasa peka dengan kelainan murid-murid yang diuruskannya dibilik darjah. Mengesan kelainan terutama yang memperlihatkan simptom disleksiajuga membantu guru merancang dan berkongsi maklumat dengan guru yangpakar dalam bidang ini serta ibubapa yang bertanggungjawab di luar waktupersekolahan. Pendekatan ‘ambil tahu’ dan membantu akan mendatangkan kesan positif dalam jangka panjang kehidupan serta pendidikan kanak-kanak disleksia ini. Penggunaan alatanyang sesuai bagi mengantikan kaedah lama dalam pengajaran dan juga penaksiranseperti kalkulatur dan computer dalam bidang literasi dan rakaman kaset, cakerapadat bagi numerasi akan memudahkan kanak-kanak disleksia mengatasi ketidakupayaannya bermula dari peringkat prasekolah. Bahagian Pendidikan Guru memainkan peranan yang amat penting untuk merancang dan melatih guru prasekolah di peringkat kursus diploma dan ijazah bagi menyediakan guru yang lebih berpengetahuan dan kemahiran tinggi mengendalikan kanak-kanak disleksia
7.      Cadangan Kajian SeterusnyaMelalui kajian tindakan ini, diharapkan  Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (JPK) dapat  mengaplikasikan instrument ini sebagai satu alat penaksiran dalam mengenalpasti kanak-kanak disleksia di peringkat prasekolah di seluruh Malaysia. Instrumen ini telah diadaptasi dari instrumen-instrumen yang telah dikenalpasti terbaik dalam dunia pendidikan akan mempercepatkan proses membantu kanak-kanak disleksia. Manakala Bahagian Pendidikan Guru (BPG), perlu melatih guru yang telah ditauliahkan dan sedang berkhidmat di institusi di seluruh negara agar mendapat pendedahan berhubung pengurusan dan pendidikankanak-kanak disleksia. Bahagian Sumber Manusia (BSM), pula perlu berperanan agar guru-guru yang memiliki kemahiran dalam bidang ini mendapat insentif dalam bentuk kewangan atau/dan kekananan perkhidmatan bagi mengalakkan guru meningkatkan profesionalismenya dalam bidang pengurusan dan pendidikan kanak-kanak disleksia.
BibliografiMohd Annuar Abdullah. 2008. Tinjauan terhadap pengetahuan guru guru Pendidikan        Pemulihan Khas mengenai disleksia di Daerah Hilir Perak. Latihan Ilmiah Universiti     Kebangsaan Malaysia.Musa Abdul Wahab. 2007. Tinjauan ciri-ciri disleksia di kalangan murid pemulihan di zon Pudu, Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.Rosana Awg. Bolhasan. 2009. Disleksia di kalangan pelajar sekolah rendah di Kuching,    Sarawak. Dissertasi Sarjana Sains. Universiti Malaysia Sarawak

No comments:

Post a Comment